MINGGU PERKASA PUTRA SESI AMBILAN KE DUA | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » MINGGU PERKASA PUTRA SESI AMBILAN KE DUA

MINGGU PERKASA PUTRA SESI AMBILAN KE DUA

SERDANG, 22 Sept- Seramai 24 pelajar dari Kolej Sepuluh telah terlibat dalam Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi Ambilan ke Dua 2019/2020. Majlis tersebut telah dijalankan bersama  YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bertempat di Dewan Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Untuk makluman, majlis ikrar adalah perkara yang wajib ditunaikan untuk setiap pelajar terutamanya kepada pelajar baharu yang menyambung pengajian ke universiti terserbut. Ikrar memastikan pelajar berjanji untuk menyumbang bakti kepada universiti, sentiasa menjaga nama baik universiti dan mengikuti segala arahan dan peraturan yang termaktub di dalam peraturan universiti.

Berita Oleh: Izzat Rafaie Ramli

Gambar: Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

 

Tarikh Input: 12/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAL~