Misi Bantuan Banjir (28 Dec 2021) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Misi Bantuan Banjir (28 Dec 2021)

Misi Bantuan Banjir (28 Dec 2021)

SERDANG  –  KOLEJ  SEPULUH,  28  DISEMBER  2021  -  Pada  28  Disember  2021, satu kumpulan sukarelawan daripada K10 ResQ Team yang ditubuhkan oleh Sekretariat Sukarelawan, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengikuti misi bantuan untuk mangsa banjir yang bertempat di Taman Seri Changgang 2 dan Kampung Bukit Changgang. Program ini dijayakan dengan kerjasama seramai 49 orang sukarelawan  yang terdiri daripada 46 orang pelajar dan 3 orang staf UPM. Menurut laporan daripada mangsa banjir, bencana  alam yang melanda di Kampung Bukit Changgang telah meninggalkan kesan yang besar buat penduduk setempat terutamanya kemusnahan harta benda. Bahkan, air yang bercampur lumpur dan lambat surut menyukarkan penduduk setempat untuk membersihkan rumah mereka. Justeru, sebahagian daripada sukarelawan K10 ResQ Team telah membantu dan menghulurkan bantuan dari segi tenaga sukarela untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutama dalam kalangan warga emas dan mereka yang terkesan teruk. Sementara itu, sebahagian lebih sukarelawan K10 ResQ Team turut menawarkan khidmat membersihkan rumah yang terjejas di kawasan Taman Seri Changgang 2. Setibanya di kedua-dua lokasi berkenaan, para sukarelawan diberikan taklimat terlebih dahulu mengenai jenis bantuan yang diperlukan. Misi program ini ialah untuk membersihkan rumah, perabot serta melupuskan barang-barang yang sudah rosak. Selain daripada itu, program ini juga dapat mendekatkan para sukarelawan dengan masyarakat selain memupuk semangat saling bantu membantu dalam konteks sukarelawan. Setelah program tamat, K10 ResQ Team bertolak pulang semula ke Kolej Sepuluh, UPM dan semua ahli sukarelawan diminta untuk melaporkan status kesihatan pasca misi bantuan bencana banjir sebagai langkah berjaga-jaga. Status kesihatan pelajar dipantau dari semasa ke semasa sehingga hari kelima pasca misi bantuan. Program pada hari tersebut berjalan dengan sangat lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada wakil mangsa-mangsa banjir.

Para sukarelawan membersihkan perkarangan rumah yang terjejas

Para sukarelawan bertungkus-lumus membersihkan rumah yang terjejas

Tarikh Input: 18/01/2022 | Kemaskini: 18/01/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAw~