News Challenge-Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » News Challenge-Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate)

News Challenge-Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate)

SERDANG, 7 Nov 2021 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program News Challenge menerusi aplikasi media sosial Instagram. Program lima (5) hari itu dilancarkan tepat jam 12.00 tengah malam 1 November 2021 sehingga 11.59 malam 5 November 2021 dengan mensasarkan penglibatan mana-mana pelajar K10 dengan tujuan untuk mencungkil, menggilap dan menyerlahkan bakat mereka sebagai pembaca berita. Selain itu, program ini juga dianjurkan dengan objektif untuk meningkatkan tahap keyakinan mereka dalam berkomunikasi untuk tampil berani di hadapan masyarakat. Program seminggu ini telah disertai oleh 11 orang peserta terdiri daripada para pelajar Kolej Sepuluh. Walaubagaimanapun, peserta yang berminat perlu melalui proses pendaftaran yang dibuka antara 26 hingga 30 Oktober 2021. Para peserta yang telah berdaftar dikehendaki untuk merakamkan video pendek penyampaian berita dalam lingkungan antara 60 hingga 90 saat dan kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut ke media sosial masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #NewsChallengeK10 dengan kapsyen wajib @commrate.k10upm. Setiap peserta akan dinilai berpandukan intonasi (lantunan suara & teknik), penampilan (kemas & menarik), gaya (riak wajah & bahasa tubuh), daya usaha & kreativiti serta khas (latar belakang). Pihak Sekretariat dan pengurusan K10 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Jayasri A/P Kalaislvan (Akaun IG: jayasri_1301) yang menjuarai Kategori Bahasa Melayu manakala Kategori Bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Saudari Hasya Sufiah Danisyah Binti Omar Dani (Akaun IG: daneo.s). Pemenang tempat pertama membawa pulang RM70 manakala tempat kedua RM50 dan ketiga RM30 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Tarikh Input: 02/12/2021 | Kemaskini: 02/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAL~