One Step Toward Better | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » One Step Toward Better

One Step Toward Better

Kolej Sepuluh UPM, 15 Disember 2019 - Pada 6 hingga 8 Disember 2019, Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan telah mengadakan program One Step Toward Better(OSTB) yang dijalankan di surau Kolej Sepuluh. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan untuk menambahkan kefahaman para peserta dalam melaksanakan fardhu ain dan fardhu kifayah. Aktiviti yang pertama adalah ‘happy Friday’. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk memakai pakaian patuh syariah bagi yang muslim dan memakai pakaian yang sopan bagi non-muslim. Garis panduan telah dinyatakan sebelum aktiviti ini dijalankan supaya para pelajar cakna akan syarat-syaratnya. Seterusnya, bacaan yasin dan solat hajat dilakukan secara berjemaah untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam diri. Pada hari Sabtu, aktiviti dimulakan selepas maghrib kerana ramai para pelajar yang mengambil kokurikulum pada siangnya. Aktiviti celik al-Quran diadakan secara berasingan untuk lelaki dan perempuan. Aktiviti ini memfokuskan hukum tajwid dan makhraj huruf. Impaknya, para pelajar dapat membaca al-Quran dengan betul. Selain itu, pada hari terakhir iaitu hari Ahad telah diadakan tiga aktiviti iaitu amali solat, pengurusan jenazah dan ceramah perdana. Untuk amali solat dan pengurusan jenazah diadakan secara berasingan untuk lelaki dan perempuan. Hal ini supaya ianya dapat difokuskan mengikut jantina. Akhir sekali, ceramah perdana yang disampaikan oleh PU Rahmat yang bertajuk viral,fitnah dan bahaya pornografi telah dikupaskan dengan baik sekali. Dengan berakhirnya ceramah perdana maka berakhirlah program OSTB.

Website dan Berita Oleh: Putri Nuzul Hidayah binti Mohd Rijimi

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAi~