'OUTREACH: TOGETHERNESS INITIATIVES' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » 'OUTREACH: TOGETHERNESS INITIATIVES'

'OUTREACH: TOGETHERNESS INITIATIVES'

Kuala Lumpur, 25 Mac – Seramai 80 orang pelajar kolej sepuluh sekali lagi melibatkan diri dalam program kesukarelawan, kali ini program ini diadakan sempena bulan ramadhan dan mengambil peluang diatas ganjaran pahala yang digandakan pada bulan ini. Menurut pengarah program K10 OUTREACH: TOGETHERNESS INITIATIVES menyatakan bahawa program ini melibat golongan gelandangan di kawasan Kuala Lumpur dan pusat pemuliharaan kucing terbiar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberi kit makanan kepada golongan gelandangan, barber street dan mengemas serta membersihkan sangkar kucing. Menurut beliau lagi program ini berlansung selama dua hari yang mana dianggota oleh peserta yang berbeza pada kedua-dua hari tersebut bagi membuka peluang kepada pelajar kolej sepuluh untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti kesukarewan. Menurut salah seorang peserta program, program kali ini agak memberi kesan kepadanya kerana dia dapat merasai sendiri bagaimana aktiviti kesukarelawan yang sebenar yang selama ini hanya dilihat dengan mata kasar sahaja. Majoriti peserta menyatakan program sebegini perlu diperbanyakan supaya dapat membuka lagi minda dan mata mahasiswa dan mahasiswi untuk berkecimpung dalam bidang kesukarelawan ini. Pada dasarnya objektif program adalah untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar telah tercapai dengan jayanya ujar pengarah program dan hal ini memberi semangat kepada beliau untuk menganjurkan program sebegini pada masa akan datang.

Tarikh Input: 03/05/2023 | Kemaskini: 03/05/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAg~