Pasukan Badminton Kolej Sepuluh Tersungkur Di Separuh Akhir | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Pasukan Badminton Kolej Sepuluh Tersungkur di Separuh Akhir

Pasukan Badminton Kolej Sepuluh Tersungkur di Separuh Akhir

SERDANG, 10 September - Pasukan badminton Kolej 10 tumpas menentang pasukan pihak lawan, pasukan badminton daripada Kolej Tun Dr Ismail dengan mata 3 buat KTDI berbalas 1 mata buat Kolej 10. Walau bagaimanapun, pasukan badminton Kolej 10 kecundang selepas berjaya mara sehingga peringkatan semi final dengan deretan kemenangan demi kemenangan.

Sebelum itu, Kolej 10 telah memiliki deretan kemenangan pada peringkat grouping iaitu 3 – 2 melawan Kolej Pendeta Zaba pada 7 September, 3 – 2 melawan Kolej 12 pada 8 September diikuti perlawan terakhir yang membawa kemenangan berturut buat Kolej 10 iaitu 4 – 1 menentang Kolej Canselor. Kolej 10 telah mara ke quarter final bertemu Kolej 13 dengan memperoleh kemenangan dengan mata 3 berbalas 1. Kolej 10 berjaya mendapatkan tempat ketiga untuk pertandingan Sukol 2019 bagi acara badminton. Perlawanan perlawanan telah dilaksanakan bertempat di Pusat Sukan UPM.

Berita oleh Muhammad Zulzafry Bin Mohd Zulkifly.

Tarikh Input: 03/11/2019 | Kemaskini: 05/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAr~