PASUKAN BOLA BALING K10 MERAIH NAIB JOHAN! | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PASUKAN BOLA BALING K10 MERAIH NAIB JOHAN!

PASUKAN BOLA BALING K10 MERAIH NAIB JOHAN!

SERDANG April 2019 - Pasukan Bola Baling Kolej 10 berjaya melayakkan diri menjadi finalis dalam kejohanan sukan bola baling interkolej UPM selepas mengalah pasukan bola baling kolej kedua pada hari ahad lepas.  Perlawanan sukan interkolej bola baling ini berlangsung selama dua hari isitu pada 20 dan 21 april 2019 di gelanggang bola baling kmr one putra dan gelanggang bola baling pusat sukan UPM. Dengan semangat yang kental berbekalkan hasil latihan yang intensif sebelum pertandingan berlangsung, pasukan kolej 10 memberi setiap pasukan pihak lawan perlawanan yang sengit di samping menunjukkan semangat kesukanan yang jitu. Walaupun tewas kepada pasukan Kolej Tun Perak pada peringkat akhir dengan skor 6-5, pasukan kolej 10 tetap mendapat pujian daripada pasukan pihak lawan dan para penonton atas semangat juang ditonjolkan oleh pasukan bola baling kolej 10.

Berita Oleh : Muhd Hazim  Azmi

Gambar Oleh : Muhd Hazim  Azmi

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMAJ~