PELAJAR KOLEJ SEPULUH CATAT SEJARAH BERSAMA ZAFINA | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PELAJAR KOLEJ SEPULUH CATAT SEJARAH BERSAMA ZAFINA

PELAJAR KOLEJ SEPULUH CATAT SEJARAH BERSAMA ZAFINA

SERDANG, 14 Sept- Universiti Putra Malaysia(UPM) telah berjaya mencatatkan penyertaan peserta yang membuat tarian kecergasan Zafina yang teramai dan sekaligus mampu menempatkan nama UPM di dalam ‘Malaysia Book Of Records’ (MBOR) dengan penyertaan seramai 6,278 orang peserta. Para peserta tarian kecergasan ini terdiri daripada warga UPM dan penduduk di sekitar kampus. Dalam pada itu, pelajar daripada Kolej Sepuluh juga turut tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti ini dengan penyertaan yang melebihi daripada 600 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester pertama dan semester yang yang lain.Tarian Zafina adalah satu senaman aerobik yang berasaskan tarian Zapin.

 

Selain itu, terdapat aktiviti lain yang turut dijalankan khas untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna. Untuk makluman, aktiviti tarian ini sepatutnya dilangsungkan di Padang Besar UPM namun disebabkan faktor jerebu yang melanda pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk menukar tempat tersebut kepada Dewan Besar UPM.

 

Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dan kumpulan Zumba fitness.  bersempena dengan Hari Kokurikulum UPM. Sehubungan dengan itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman turut berharap program seperti ini dapat dijalan sebagai aktiviti tahunan. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berita Oleh: Veronica Betty Richard Lasan

Gambar: Facebook Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAT~