PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN KE-DUA | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN KE-DUA

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU AMBILAN KE-DUA

SERDANG, 22 Sept- Pendaftaran bagi pelajar baharu ambilan ke dua telah dijalankan di Dewan Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM). Selain itu, program tersebut telah dijalankan bersama En. Fahmi Azar Mistar, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Dalam pendaftaran tersebut, seramai 24 pelajar telah mendaftarkan diri di bawah Kolej Sepuluh yang meliputi Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina.

Di samping itu, program tersebut meliputi sesi suai kenal antara pelajar baharu dan sesi program saringan kesejahteraan diri yang telah dijayakan oleh pihak kaunselor Universiti Putra Malaysia. Program tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui nilai peratusan kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang dialami oleh setiap pelajar. Bagi pelajar yang mengalami nilai peratusan yang tinggi dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan perkhidmatan dari bahagian kaunselor untuk mengurangkan masalah dan menambah baik dari segi jasmani dan rohani yang dialami oleh pelajar.

Berita Oleh: Izzat Rafaie Ramli

Gambar: Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Tarikh Input: 13/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA3~