Pengkhususan Untuk Adat Makan Malam | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Pengkhususan untuk Adat Makan Malam

Pengkhususan untuk Adat Makan Malam

SERDANG, 27 Mac 2022 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program Fine Dining Training bertempat di L’apprenti Restaurant Kompleks Perkhidmatan Makanan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program sehari ini telah dijalankan pada 27 Mac 2022 (Ahad) dengan penyertaan keseluruhan berjumlah 46 orang peserta dari dalam dan luar Kolej Sepuluh. 

 

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang etika dan protokol yang betul semasa majlis makan beradab selain menunjukkan demonstrasi melalui simulasi makan beradab yang betul. Secara tidak langsung, program ini turut menjadi persediaan awal kepada para pelajar, terutamanya pelajar tahun akhir yang akan bergraduat kelak untuk digunapakai di alam pekerjaan nanti. 

 

Rata-rata yang hadir begitu teruja dan tidak sabar untuk mengikuti setiap slot yang ada, terutamanya slot simulasi tatacara makan di mana para peserta diberikan pengalaman sebenar untuk mempelajari sambil merasai pengalaman sendiri makan beradab menggunakan tatacara yang betul dan tepat. 

 

Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri hadir dan menjayakan program Fine Dining Training ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM atas sumbangan dan kerjasama diberikan bagi membolehkan program ini satu realiti.

Tarikh Input: 10/04/2022 | Kemaskini: 10/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAh~