PERTANDINGAN PERBARISAN PERASMIAN SUKOL SESI 2019/2020 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PERTANDINGAN PERBARISAN PERASMIAN SUKOL SESI 2019/2020

PERTANDINGAN PERBARISAN PERASMIAN SUKOL SESI 2019/2020

SERDANG, 4 Okt- Seramai 106 orang pelajar dari Kolej Sepuluh telah menyertai Pertandingan Perbarisan bersempena dengan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Interkolej UPM (SUKOL) sesi 2019/2020 yang diadakan di Kompleks Sukan, Universiti Putra Malaysia. Kontijen  Kolej Sepuluh ini telah diketuai oleh saudara Amirul Hussin  Mohammad Ansahari dengan moto ‘Gemilang Antara Terbilang’.

Di samping itu, kontijen daripada Kolej Sepuluh juga telah menampilkan beberapa buah maskot yang terkenal di Malaysia seperti kereta kebangsaan, harimau malaya, dan juga menara tertinggi di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas. Pertandingan perbarisan ini, telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana pembukaan Majlis Perasmian Sukan Interkolej yang bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Untuk makluman, majlis perasmian SUKOL ini telah disempurnakan oleh Yang Bahagia Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM. Dalam pertandingan SUKOL sesi 2019/2020 itu, kontijen Kolej Sepuluh telah berjaya memenangi tempat  kedua ‘Perkampungan Tercantik’ hasil ilham Sekretariat Sukan Kolej Sepuluh.

Untuk rekod, penganjuran Kejohanan Sukan Interkolej UPM (SUKOL) telah diadakan pada setiap tahun sebagai landasan untuk mengenal pasti bakat-bakat dalam kalangan pelajar kolej yang telah diketengahkan untuk mewakili universiti dalam MASUM, SUKIPT, HCFS, AUG, WUG, WC dan kejohanan-kejohanan yang lain. Sehubungan dengan itu, penganjuran sukan kolej ini juga adalah medan untuk pelajar membabitkan diri dalam aktiviti sukan yang dapat melahirkan graduan yang sihat mental dan cergas fizikal, dan graduan yang berdaya saing tahan lasak dan kreatif. Malahan itu, objektif penganjuran sukan ini turut dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar kolej dalam pengurusan sesebuah pasukan peyertaan dalam sesebuah kejohanan.

Berita Oleh: Veronica Betty
Gambar: Sekretariat Sukan

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAX~