Pr.E.S. CORPORATE COACHING 2021 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Pr.E.S. CORPORATE COACHING 2021

Pr.E.S. CORPORATE COACHING 2021

SERDANG, 27 Mac, 3 & 9 April 2021 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate),Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program Pr.E.S. Corporate Coaching 2021 menerusi
platform YouTube Live (Channel Kolej Sepuluh) merangkumi tiga (3) slot program pada tarikh-tarikh yang berbeza. Program yang bermula seawal jam 8.15 malam ini diadakan khusus untuk pelajar K10 dengan tujuan untuk memberi pendedahan asas, menunjukajar dan melatih peserta untuk menguruskan majlis rasmi berpandukan protokol yang betul. Program intensif ini turut dirangka sebagai salah satu platform awal bagi memupuk keyakinan diri peserta agar mampu berinteraksi dengan pelbagai pihak terutama apabila berdepan dengan individu berjawatan tinggi serta mampu menguruskan sesebuah majlis berpandukan etika dan protokol yang betul dan tepat. Pada 27 Mac 2021 (Sabtu) telah berlangsungnya slot satu (1) yang bertajuk Bengkel Pengurusan dan Gerak Kerja. Slot berdurasi 2 jam 15 minit ini disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Puan Shahzatul Ermiza binti Johol yang juga merupakan Ketua Penolong Pendaftar di Universiti Malaya. Perkongsian slot ini lebih kepada pengurusan dan gerak kerja sebelum sesebuah program dijalankan. Slot ini disertai seramai 852 orang pelajar Kolej Sepuluh. Pada 3 April 2021 (Sabtu) telah berlangsungnya slot dua (2) yang bertajuk Bengkel Protokol dan Pengacaraan. Slot berdurasi 2 jam 15 minit ini disampaikan oleh Penceramah Jemputan, Puan Arba’ah Md Salleh yang juga merupakan Pegawai Sains, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia. Perkongsian slot ini lebih kepada pendedahan protokol majlis yang betul serta teknik pengacaraan
yang bagus. Slot ini disertai seramai 450 orang pelajar Kolej Sepuluh. Slot terakhir telah berlangsung pada 9 April 2021 (Jumaat) dengan tajuk yang diketengahkan ialah Bengkel Etika dan Pemakaian. Slot ini disampaikan khas oleh En. Ludinata Misnun yang juga merupakan Ketua Penolong Pendaftar, Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan,Universiti Putra Malaysia. Slot ini berfokuskan cara-cara pemakaian yang mengikut jenis protokol sesuatu majlis. Secara keseluruhannya, peserta dilihat aktif seawal program bermula. Ruangan ‘comment’ tidak putusputus dihujani dengan pelbagai bentuk soalan berkaitan bengkel yang telah dijalankan. Hal ini secara tidak langsung dapat membuktikan program seumpama ini adalah penting dalam membentuk keyakinan diri pelajar serta mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Walaubagaimanapun, sesi interaksi dua hala ini dapat dikendalikan dengan baik hasil kerjasama moderator dan Penceramah Jemputan.

Tarikh Input: 21/04/2021 | Kemaskini: 21/04/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAp~