Program AlphaRex Camp | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program AlphaRex Camp

Program AlphaRex Camp

Besut, 17 Mac 2023 - Sekretariat Sukan dan Rekreasi (SRX), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program AlphaRex Camp secara fizikal bertempat di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 17 hingga 19 Mac 2023 Program AlphaRex Camp telah diadakan dengan tujuan untuk mempelajari asas kelangsungan hidup yang berterusan serta cara mengadaptasi diri dalam apa jua situasi serta melatih pelajar Kolej Sepuluh dalam mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur. Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Kolej Sepuluh. Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan adalah mendaki gunung, aktiviti air dan gotong-royong. Program yang telah berlangsung selama 3 hari ini telah disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang felo dan 43 orang pelajar Kolej Sepuluh. Peserta bukan sahaja dapat mengenali satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, malah peserta juga dapat meningkatkan kerjasama antara sesama ahli pasukan dalam menyelesaikan tugas yang diberikan di samping meningkatkan sifat kompetitif di dalam diri peserta. Oleh itu, pihak penganjur berharap agar dengan adanya program AlphaRex Camp ini, pelajar dapat menjadi individu yang bukan sahaja celik pemikirannya, malah cergas tubuh badannya juga. Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang menyertai kem ini dan berharap agar semua peserta dapat mengaplikasikan pengalaman yang dipelajari sepanjang kem berlangsung bagi menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat. 

Tarikh Input: 08/04/2023 | Kemaskini: 08/04/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAC~