Program Bicara: Pandemik & Plastik | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Bicara: Pandemik & Plastik

Program Bicara: Pandemik & Plastik

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, 27 NOVEMBER 2021 –Program Bicara: Pandemik & Plastik yang dianjurkan oleh Sekretariat Alam Sekitar Kolej Sepuluh disambut meriah dengan penyertaan daripada pelajar Universiti Putra Malaysia seramai 992 peserta. Program ini dijalankan secara siaran langsung di Youtube K10 UPM selama satu jam lima belas minit bersama-sama dengan penceramah jemputan iaitu Puan Nur Asyikin Binti Aminuddin, Timbalan Ketua Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).

“Wakil-wakil komuniti juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik masyarakat setempat tentang cara penggunaan plastik yang betul”, kata Puan Nur Asyikin Binti Aminuddin, Timbalan Ketua Setiausaha Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) semasa siaran sedang berlangsung di Youtube K10 UPM. Terdapat banyak Input-input berkaitan pandemik dan plastik dikongsikan oleh penceramah jemputan, Puan Asyikin dengan menarik dan berinfomatif.

Bagi memeriahkan suasana program, para penonton diminta untuk menyertai permainan Quizizz dimana para peserta yang menyertai akan bersaing sesama sendiri dalam menjawab soalan-soalan berkaitan dengan info-info yang dikongsikan oleh Puan Asyikin, malah peserta yang paling pantas dalam menjawab soalan-soalan berikut bakal memenagi tempat pertama,kedua dan ketiga dan juga hadiah wang tunai. Program BIcara: Pandemik & Plastik diahkhiri dengan sesi soal jawab bersama Puan Asyikin bagi menjawab persoalan-persoalan daripada para penonton diruangan komen Youtube K10 UPM. Para peserta yang menyertai juga bakal diberikan e-sijil dan juga merit daripada Sekretariat Alam Sekitar Kolej Sepuluh.

Tarikh Input: 15/12/2021 | Kemaskini: 26/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAi~