Program Emcee Challenge | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » program Emcee Challenge

program Emcee Challenge

SERDANG, 29 Nov 2020 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program Emcee Challenge menerusi aplikasi media sosial ‘Instagram’. Program yang bermula tepat jam 12.00 tengah malam 23 November 2020 itu seminggu khusus untuk semua pelajar K10 dengan tujuan untuk mencungkil, menggilap dan menyerlahkan bakat pelajar sebagai pengacara majlis. Selain itu, Emcee Challenge ini dianjurkan dengan Hasrat untuk mencari pengacara majlis yang mempunyai potensi untuk mengembangkan bakat mereka untuk majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi K10. Program selama lima (5) hari ini telah disertai oleh 12 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021.

Peserta yang berdaftar dikehendaki untuk merakamkan video pendek mereka mengacarakan program menggunakan teks yang telah disediakan sekitar 60 hingga 90 saat dan kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut ke media sosial masing-masing menggunakan tanda pagar #EmceeChallengeK10 dengan kapsyen wajib @commrate.k10upm. Setiap peserta akan dinilai berpandukan intonasi (lantunan suara & teknik), penampilan (kemas & menarik), gaya (mimic muka & Bahasa tubuh), daya usaha & kreativiti serta khas (latar belakang). Pihak Sekretariat mengucapkan tahniah kepada juara Kategori Bahasa Melayu; Saudari Afiqah Izzati binti Sundusin (IG: fragilefiqah) dan juara Kategori Bahasa Inggeris; Saudari Chuah Xin Qin (IG: elephant.downstairs). Pemenang tempat pertama membawa pulang RM50 manakala tempat kedua RM30 dan ketiga RM20 untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Tarikh Input: 10/12/2020 | Kemaskini: 10/12/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA6~