PROGRAM EMCEE CHALLENGE 4.0 MERIAH, PERKASA BAKAT PENGACARA MAHASISWA | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PROGRAM EMCEE CHALLENGE 4.0 MERIAH, PERKASA BAKAT PENGACARA MAHASISWA

PROGRAM EMCEE CHALLENGE 4.0 MERIAH, PERKASA BAKAT PENGACARA MAHASISWA

Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM), 24 November 2025 –  Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat (DigiComm), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan Program Emcee Challenge 4.0 yang berlangsung di Bilik Ilmiah, Kolej Sepuluh, di sini, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Penolong Pendaftar Kanan merangkap Pengurus Kolej Sepuluh, Puan Nurhaslinda Karim. Turut hadir, Felo Penasihat Program, Cik Nor Aziatul Azidah Azhari. 

Pengarah program, Asyrey Syaen Syahrin Sulaiman, berkata penganjuran edisi kali ini merupakan kesinambungan daripada siri terdahulu dengan penambahbaikan dari segi pengisian serta pendedahan kepada industri pengacaraan.Katanya, seramai empat penceramah jemputan berpengalaman tampil berkongsi ilmu iaitu Rozlindah Onn (DJ Linda Onn), Nur Aimie Nabila Fauzi, Irfan Syahmi Nasution dan Nor Fatin Farhana Mohamed Shukri (DJ Fatin).

“Perkongsian ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai realiti dunia pengacaraan profesional, sama ada dalam majlis rasmi mahupun penyiaran radio,” katanya. Program berkenaan bertujuan menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat dalam bidang pengacaraan selain membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi serta memupuk etika profesional.

Selain sesi perkongsian, program turut menampilkan pertandingan pengacaraan yang dibahagikan kepada kategori formal dan tidak formal dengan penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian peserta.

Secara keseluruhannya, program itu berjaya mencapai objektif penganjuran serta memberi impak positif dalam memperkasa kemahiran insaniah mahasiswa Kolej Sepuluh.



Tarikh Input: 13/06/2026 | Kemaskini: 13/06/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (04:07:12pm-04:12:12pm, 20 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]