Program IHYA' RAMADAN | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program IHYA' RAMADAN

Program IHYA' RAMADAN

SERDANG, 4 MEI 2023 - Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan (SKP), Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 telah menganjurkan program IHYA' RAMADAN 1444H bermula pada 22 Mac 2023 hingga 20 April 2023. Program ini telah berjalan dengan jayanya selama 28 hari iaitu sepanjang bulan Ramadan dengan penglibatan yang aktif dan baik daripada semua pelajar kolej sepuluh. Penglibatan daripada pelajar kolej sepuluh juga sangat baik dengan penglibatan seramai 608 orang iaitu 275 pelajar lelaki dan 333 pelajar perempuan.

Objektif program ini telah berjaya dicapai dimana untuk menggalakkan para pelajar menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai pengisian yang diadakan seperti Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran dan sebagainya disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara para pelajar dan pihak pengurusan Kolej Sepuluh dengan adanya aktiviti merewang semasa sambutan Nuzul Al-Quran dijalankan. Program ini dimulakan dengan solat sunat tarawih pada malam 22 Mac 2023 hingga 20 April 2023. Solat sunat tarawih ini diadakan selepas solat isyak di Surau Al-Wehdah dengan penglibatan seramai 117 pelajar. Moreh juga disediakan kepada para pelajar selepas sahaja selesai menunaikan solat sunat tarawih dengan juadah yang disediakan seperti kuih karipap, donut dan juga mee goreng. Selain itu, Tadarus Al-Quran diadakan pada 23 Mac hingga 6 April 2023 dengan melibatkan seramai 161 orang pelajar. Tadarus ini dilakukan secara berasingan diantara lelaki dan perempuan dimana pelajar lelaki diadakan di Surau Al-Wehdah manakala pelajar perempuan diadakan di Bilik Seminar. Seterusnya, pengisian 30 minit telah diadakan pada 31 Mac 2023 dan 7 April 2023 diantara solat sunat tarawih dengan penyertaan seramai 87 orang. Pengisian untuk slot ini telah disampaikan oleh Ustaz Hafiz bin Ghazali dan Ustaz Muhammad Norhisyam bin Nordin. Antara topik yang dikupas dalam pengisian ini adalah berkaitan keistimewaan Bulan Ramadan. Seterusnya, pengisian baharu seperti kursus pengurusan jenazah turut diadakan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan pengurusan jenazah yang betul. Kursus ini telah diadakan pada 1 April 2023 iaitu melibatkan seramai 41 orang pelajar dan dikendalikan oleh Ustaz Norshiyam. Sambutan Nuzul Al-Quran turut dijalankan pada 8 April 2023 dengan pelbagai pengisian yang menarik antaranya aktiviti merewang, Ceramah Nuzul Al-Quran, Iftar Jamaie dan Majlis Khatam Al-Quran. Bagi aktiviti merewang, ianya melibatkan pihak pengurusan Kolej Sepuluh dan juga para pelajar sebagai ahli jawantkuasa. Aktiviti merewang ini diketuai oleh Prof Dr. Muhammad Sharim bin Abdul Karim yang merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi makanan UPM bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Bagi Ceramah Nuzul Al-Quran yang bermula pada pukul 5.00 petang hingga 6.45 petang. Ceramah ini disampaikan oleh Prof Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman yang merupakan pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Selepas itu, para pelajar beratur untuk mengambil juadah bagi Iftar Jamaie di anjung. Antara juadah yang disediakan ialah nasi daging, martabak, ayam golek dan ais tingkap penang. Selepas iftar jamaie, solat maghrib secara berjemaah diadakan di Dewan Sri Budiman dan diikuti oleh Majlis Khatam Al-Quran selepasnya. Majlis ini dikendalikan oleh 8 orang peserta yang dipilih daripada pelajar yang meyertai Tadarus Al-Quran. Sambutan ini diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih selepas itu. Sambutan ini diakhiri pada pukul 10.30 malam dengan moreh yang disumbangkan oleh pihak Mcdonalds. Akhir sekali, Qiamullail diadakan pada 14 April 2023 dengan kerjasama dari Persatuan Mahasiswa Islam, PMIUPM yang diadakan di Masjid UPM. Para peserta bertolak dari kolej pada pukul 11.00 malam dengan bas yang disediakan dan tamat pada pukul 6.30 pagi keesokan harinya. Qiamullai ini disertai oleh 4 orang peserta dari Kolej Sepuluh.

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAk~