Program K10 Biz’ilmi | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program K10 Biz’ilmi

Program K10 Biz’ilmi

SERDANG, 4 DISEMBER 2022 – Sekretariat Akademik dengan kerjasama Sekrterariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023, Pihak Penguruan Kolej Sepuluh, Bahagian Kaunseling UPM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia telah berjaya menganjurkan Program K10 Biz’ilmi bermula 30 November 2022 (Rabu) hingga 4 Disember 2022 (Ahad) iaitu selama 5 hari. Program ini dijalankan secara hybrird iaitu melalui platform atas talian (saluran rasmi Youtube Kolej Sepuluh) dan di sekitar Kolej Sepuluh. Program K10 Biz’ilmi ini berlandaskan objektif yang menyeluruh iaitu melahirkan pelajar yang bijak dalam merencana kewangan di samping meneruskan tugasan hakiki mereka dalam menempuhi bidang pengajian serta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ini dalam kehidupan yang sebenar. Program yang telah berlangsung selama 5 hari ini telah ditonton dan disetai oleh seramai 2074 orang merangkumi pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan IPTA luar seperti UniSZA, USIM dan UNIMAS. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu berkenaan penjanaan kewangan, malah dapat menggunakan platform ini untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dalam mengharungi kehidupan mereka lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi negara yang tidak menentu ini. Pihak Sekretariat Akademik dan Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh bersama-sama pengurusan Kolej Sepuluh, UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang sudi hadir dan program K10 Biz’ilmi ini. Pihak penganjur juga berharap agar pelajar UPM dapat terus menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kolej Sepuluh, UPM di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 12/02/2023 | Kemaskini: 12/02/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAi~