Program K10 Speak Up | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program K10 Speak Up

Program K10 Speak Up

SERDANG, 31 Jan 2022 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program K10 Speak Up! menerusi aplikasi Instagram selama 10 minggu bermula 8 November 2021 sehingga 30 Januari 2022 yang lepas. Program ini dibuat secara tertutup dengan mensasarkan penglibatan pelajar-pelajar Kolej Sepuluh dengan tujuan untuk mencungkil, menggilap dan menyerlahkan bakat mereka untuk berinteraksi di khalayak ramai dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 49 orang peserta. Selain itu, program ini juga dirangka bertujuan untuk menyediakan satu platform perkongsian ilmu pengetahuan khas untuk pelajar Kolej Sepuluh menerusi kaedah komunikasi lisan bagi memupuk dan menambahbaik kemahiran berkomunikasi sedia ada. Bagi mereka yang ingin turut serta, mereka perlu mendaftarkan diri masing-masing menggunakan pautan diberikan setiap minggu dan penghantaran video pula akan ditutup pada setiap hari Khamis bagi proses penjurian setiap minggu. Para peserta yang telah berdaftar perlu merakamkan video pendek pengucapan awam dalam lingkungan tidak kurang daripada 60 saat dan perlu dimuatnaik ke dalam Google Form disediakan. Peserta kemudiannya akan dinilai berpandukan intonasi (lantunan suara & teknik), penampilan (kemas & menarik), gaya (riak wajah & bahasa tubuh), serta daya usaha & kreativiti. Pemenang mingguan akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20 dan pemenang utama akan menerima hadiah berupa wang tunai RM100. Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang mingguan dan pememang keseluruhan iaitu Saudari `Aina binti Akmal. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta dengan terus berkarya dalam bidang pengucapan awam.

 

(237 patah perkataan)

Tarikh Input: 24/02/2022 | Kemaskini: 24/02/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAA~