Program K10 YouthCare | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program K10 YouthCare

Program K10 YouthCare

KOLEJ SEPULUH, UPM DAN PANTAI KELANANG, BANTING, SELANGOR, 20 JAN 2022 - Pada 15 dan 16 Januari 2022, Sekreteriat Sukarelawan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) telah menganjurkan sebuah program K10 YouthCare dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kolej sesi 2021/2022, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kebersihan alam sekitar dan masalah pencemaran sisa plastik marin yang semakin membimbangkan. Sasaran peserta bagi program ini adalah seramai 40 orang sahaja yang terdiri daripada pelajar Kolej Sepuluh, UPM. Jumlah peserta yang hadir bagi kedua-dua hari tersebut ialah seramai 80 orang. Pada Januari 16 2022, notis dan poster program telah dihebahkan melalui aplikasi Whatsapp dan Instagram. Pada 15 Januari 2022, program yang diadakan di Pantai Kelanang, Banting, Selangor telah dijalankan bermula pada pukul 6:45 pagi dengan menunggu ketibaan peserta untuk bergerak ke lokasi gotong-royong dan program ini berjalan sehingga pukul 3:00 petang. Program ini telah menarik seramai 40 orang peserta dan juga felo. Setibanya disana, pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi menyegerakan proses gotong-royong di sekitar Pantai Kelanang yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Gotong-royong ini dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan lalu perjalanan pulang daripada pantai Kelanang adalah seperti yang dirancang. Pada 16 Januari 2022, program Community Clean Up yang dijalankan di sekitar Kolej Sepuluh iaitu kerja pembersihan dan susun semula stor sukan dan stor pusat dijalankan dengan kerjasama para peserta sebanyak 40 orang yang bermula pada 8:15 pagi dijalankan dengan lancar dan berakhir pada 12 tengah hari. Pada jam 2.00 petang, program diteruskan dengan slot K10 YouthCare Talk: Microplastic and Marine Life yang diadakan secara siaran langsung di YouTube K10UPM. Setelah program berakhir dengan jayanya, setiap peserta program diwajibkan untuk menjalankan ujian kendiri bagi lenganngkah berjaga-jaga dalam menangani gejala Covid 19. Program yang dijalankan pada kedua-dua hari berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak. (311 patah perkataan)

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 31/01/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAa~