PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ@PELANCONGAN | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ@PELANCONGAN

PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ@PELANCONGAN

November 2019, Serdang - Sebuah program; Entreprenuer College@Talk Tour telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM pada 6 November 2019. Program ini telah berlangsung pada jam 8.30 malam sehingga jam 10.30 malam yang bertempat di Dewan Seri Budiman, Blok perempuan Kolej 10. Program ini disertai oleh seramai 20 orang pelajar dari setiap sekreteriat kolej 10.  Sesi perkongsian ini yang bertajuk Elemen Penting Untuk Perniagaan Berjaya disampaikan oleh Cik Nor Eizzah Binti Yusoff selaku perunding kewangan. Pelbagai tips penting untuk berjaya dalam perniagaan telah dikongsikan oleh beliau untuk meluas dan memajukan bidang perniagaan yang dapat dipraktikkan oleh pelajar pada masa hadapan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Elemen ini merupakan elemen yang sangat penting dan perlu dimiliki oleh setiap pelajar untuk digunakan di alam pekerjaan. Melalui perkongsian yang disampaikan ini diharap semua pelajar yang hadir dapat memanfaatkan segala yang ilmu yang disampaikan.

Pemberita Oleh: Muhammad Zuhdi bin Md Zahir

Website Oleh: Nur Ain Fitriah binti Zamrisham

Tarikh Input: 23/11/2019 | Kemaskini: 23/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJA5~