PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI LALAH | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI LALAH

PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI LALAH

REMBAU, 30 November 2019 - Pada 30 November 2019 sehingga 1 Disember 2019 yang lalu, Sekretariat Sukarelawan (K10 Care) telah mengadakan Program Komuniti Kampung Sungai Lalah yang bertempat di Rembau, Negeri Sembilan. Program tersebut disertai oleh pelajar-pelajar di bawah K10Care seramai 25 orang termasuk felo penasihat, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), semua ahli jawatankuasa (AJK) dan peserta. Program ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran para pelajar terhadap sekeliling dan memberi pengetahuan baru kepada para pelajar melalui aktiviti yang dijalankan. Aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dilakukan ialah aktiviti membersihkan kandang kambing, membersihkan kawasan dusun durian, pengumpulan baja kompos dan aktiviti penanaman pokok. Melalui program ini, terdapat banyak beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan terdapat juga pengetahuan dan pengalaman baru yang diperoleh oleh para pelajar ldan ianya perlu kepada pelan tindakan untuk masa hadapan. Antara manfaat yang didapati adalah kita perlu sentiasa fokus dan berkeyakinan tinggi. Contohnya, semasa sesi sebelum masuk ke kandang kambing, semua pelajar berjumpa dengan tuan penjaga kandang kambing tersebut dan yakin untuk bertanya pelbagai soalan dan mendapat jawapan yang diingini. Antara soalan yang ditanya adalah pengurusan masa untuk tuan penjaga menjaga kambing-kambing mereka, bertanya tentang strategi pemasaran mereka, kelebihan susu kambing, masa tidur kambing, cara pengurusan mengawal kulat, cara vaksin kambing tersebut dan sebagainya. Selain itu, manfaatnya adalah dapat membina semangat kerjasama antara pelajar dimana mereka dibahagikan kepada kumpulan yang membersihkan kawasan kambing, mengumpulkan baja kompos dan membersihkan kawasan dusun durian. Antara kelemahan yang perlu diperbaiki ialah maklumat tentang pergerakan bas perlu diperoleh terlebih dahulu supaya mudah perjalanan ke kampung tersebut. Selain itu, semasa sesi bertanya soalan terhadap tuan penjaga kambing, pelajar perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu supaya tiada perselisihan faham. Tambahan lagi, semua pelajar perlu menepati masa bagi memudahkan pelancaran aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Akhir sekali, setelah semua aktiviti dijalankan, pelajar pulang ke kolej dengan lancar pada 1 Disember 2019 jam 2 petang.

Website dan Berita Oleh: Putri Nuzul Hidayah binti Mohd Rijimi

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAm~