Program Menghasilkan Doodle | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Menghasilkan Doodle

Program Menghasilkan Doodle

AHAD, 2 Disember 2021 - Pada 26 Disember 2021 iaitu Ahad yang lalu, Majlis Perwakilan Kolej Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Kolej Sepuluh telah mengadakan Program Do The Doodle melalui platform Zoom. Program Do The Doodle ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai seni lukisan doodle atau seni bebas yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar seni kerana tekniknya yang mudah selain bebas melakukan susunan corak secara spontan mengikut kreativiti. Para pelajar juga akan berpeluang untuk mempelajari sendiri cara melukis doodle yang akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Program ini dapat sambutan baik daripada pelajar Universiti Putra Malaysia.

Penceramah yang kami bawakan ialah Puan Sarah Binti Salim merupakan pelukis bebas yang amat berbakat. Program kami berlangsung dengan dua sesi yang dijalankan secara serentak. Sesi perkongsian ilmu daripada Puan Sarah dengan pengetahuannya yang luas dengan peserta dan pada masa yang sama pertandingan lukisan doodle dijalankan melalui platform yang sama iaitu Zoom. Pemenang lukisan doodle diumumkan di Instagram rasmi SETA Kolej Sepuluh, @iamseta. Sesi perkongsian ilmu daripada Puan Sarah menggunakan dua sudut kamera iaitu kamera yang menunjukkan muka beliau manakala kamera yang kedua untuk menunjukkan tangan beliau untuk memastikan peserta dapat mengikuti cara melukis dengan lebih mudah dan berkesan.

Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh (K10), UPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puah Sarah atas perkongsian ilmu untuk lebih menggilap bakat melukis pelajar. Semoga dengan program ini dapat membentuk pelajar yang kreatif dan inovasi.

Tarikh Input: 07/01/2022 | Kemaskini: 07/01/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAh~