Kolej Sepuluh, UPM - Pada 30 Julai 2024 sehingga 12 Ogos 2024, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh 2024/2025 telah berjaya menganjurkan program Mobiliti K10 Skills and Knowledge Youth Empowerment (K10SKYE) Inbound China 2.0 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Pusat Antarabangsa Universiti Putra Malaysia (i-Putra), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia dan Chengde Medical University (CDMU), China. Program ini telah melibatkan peserta seramai 12 orang pelajar dan 4 orang pegawai dari Chengde Medical University, China.
Program ini bukanlah sekadar program mobiliti sahaja, malahan program ini telah membuka peluang kepada para peserta untuk bertukar ilmu dan budaya melalui pengisian akademik, perbincangan dan kolaborasi daripada pelbagai agensi seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan Veterinar, Pusat Pertanian Putra, Institut Biosains, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Kilang Beryl’s dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Program ini juga memberi peluang kepada para peserta melawat ke Pasar Malam Putrajaya Presint 14, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Warisan Melayu, Muzium Negara, Pasar Seni, Menara Berkembar Petronas dan Bandaraya Melaka untuk menambah ilmu pengetahuan mereka tentang keunikan makanan, budaya, tradisi dan sejarah di negara Malaysia. Bukan itu sahaja, para peserta juga berpeluang menyediakan makanan tradisional kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak, teh tarik dan onde-onde. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini juga disertai oleh 8 orang pelajar dan 3 orang pegawai daripada Kolej Sepuluh, UPM.
Sepanjang tempoh 14 hari mengendalikan program mobiliti ini, Saudari Nur Hidayah binti Abdul Halim berharap agar hubungan erat yang telah terjalin antara pelajar Chengde Medical University, China dan pelajar Kolej Sepuluh, UPM ini dapat memberikan kenangan manis kepada mereka, sejurus dapat menarik minat mereka untuk datang semula ke Malaysia dan UPM khususnya.

Gambar 1: Sesi fotografi bersama pelajar Chengde Medical University di Kolej Sepuluh, UPM

Gambar 2: Sesi melawat sekitar kampus Universiti Putra Malaysia bersama pelajar dan pegawai dari Chengde Medical University, China

Gambar 3: Pelajar Chengde Medical University melawat ke Muzium Warisan Melayu
di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

Gambar 4: Pelajar dan pegawai dari Chengde Medical University melawat ke Muzium Anatomi Manusia di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Gambar 5: Aktiviti memasak makanan tradisional Malaysia iaitu onde-onde, nasi lemak dan teh tarik.

Gambar 6: Sesi lawatan ke Taman Konservatori UPM yang dikendalikan oleh pihak Institut Biosains (IBS), UPM yang diwakili oleh Encik Mohd Kamarulzaman bin Ismail, Pegawai Pertanian IBS.

Gambar 7: Sesi lawatan ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing).

Gambar 8: Majlis Penutup Program Mobiliti K10SKYE Inbound China 2.0

Gambar 9: Sesi fotografi bersama peserta Mobiliti Inbound China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
Tarikh Input: 13/09/2024 | Kemaskini: 13/09/2024 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR