PROGRAM PERSONALITI DIRI BERSAMA ALUMNI KBP | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PROGRAM PERSONALITI DIRI BERSAMA ALUMNI KBP

PROGRAM PERSONALITI DIRI BERSAMA ALUMNI KBP

 

SERDANG, 4 Sept- Sempena kemasukan pelajar baharu 19/20, Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian telah menganjurkan ceramah motivasi diri yang bertajuk Program Personaliti Diri yang dipengerusikan oleh Megat Muhammad Irfan bin Megat Mohd Safawi, EXCO Akademik MSAE-SC. Ceramah ini telah diadakan di Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan dan merupakan salah satu usaha Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian bagi meningkatkan untuk membantu pelajar- pelajar Tahun Satu yang baru mendaftar mengenali personaliti diri, di samping program yang diadakan merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia- Bahagian Pelajar (MSAE-SC).

 

Program ini telah memberi banyak kelebihan kepada pelajar antaranya Pelajar dapat meneroka kebolehan yang ada pada diri dan lebih fokus kepadanya untuk menghasilkan satu impak kedapada diri, masyarakat dan negara.pelajar dapat menyesuaikan diri dalam persekitaraan yang baru serta dapat berinteraksi dengan baik. Pelajar dapat memberikan reaksi terbaik terhadap tingkahlaku bagi mencapai sesuatu matlamat.

 

Ceramah ini telah menjemput Encik Mohamad Ashaari Bin Awab iaitu selaku Pegawai Psikologi Kanan di UPM. Antara pengisian ceramah beliau ialah memperkenalkan kaedah belajar yang sesuai dengan pelajar melalui ujian gaya belajar (AVK) iaitu Auditori, Visual dan Kinaestetik.

 

Di samping ceramah motivasi, program ini telah menjemput 2 orang alumni KBP yang berjaya iaitu Dato’ Nursiah Arshad dan En. Radzi Muhammad Dul. Beliau berdua merupakan bekas pelajar UPM dan dan juga bekas pelajar dalam bidang Kejuruteraan Pertanian dan Biologi. Jemputan dua orang alumni KBP ini adalah untuk berkongsi pengalaman mereka sepanjang belajar di UPM dan memberi inspirasi hidup yang cukup bermanfaat kepada pelajar bagi mencapai cita- cita mereka. 

 

Program ini telah memberi banyak kelebihan kepada pelajar antaranya pelajar dapat meneroka kebolehan yang ada pada diri dan lebih fokus kepadanya untuk menghasilkan satu impak kepada diri, masyarakat dan negara. Selain itu, pelajar dapat menyesuaikan diri dalam persekitaraan yang baru serta dapat berinteraksi dengan baik. Pelajar dapat memberikan reaksi terbaik terhadap tingkah laku bagi mencapai sesuatu matlamat.

 

Berita oleh: Nicholas

Gambar oleh: Azmil  , Sahzlin

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 11/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAx~