Program Semarak K10 Merdeka | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Semarak K10 Merdeka

Program Semarak K10 Merdeka

SERDANG, 27 Ogos 2022 - Majlis perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh sesi 2022/2023 dengan kerjasama pihak pengurusan Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan program Semarak K10 Merdeka menerusi aplikasi media sosial TikTok dan Instagram. Program ini telah berlangsung selama 14 hari (2 minggu) bermula 27 Ogos 2022 sehingga 9 September 2022. Program Semarak K10 Merdeka yang berlandaskan pertandingan atas talian ini telah diadakan dengan tujuan memupuk semangat patriotik dalam diri pelajar sekaligus membentuk pelajar yang berkemahiran tinggi dengan gaya pemikiran yang kreatif. Tiga pengisian telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah pertandingan mencipta poster, Comic Strip Challenge, dan TikTok Challenge. 

Program yang telah berlangsung selama 2 minggu ini telah disertai oleh 92 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar Kolej Sepuluh. Peserta bukan sahaja dapat memupuk rasa berani dalam tampil ke hadapan, menyampaikan hujah dan idea yang bernas, malah pelajar juga dapat menggunakan platform ini untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis mereka. Oleh itu, pihak penganjur berharap bahawa dengan adanya program Semarak K10 Merdeka yang bertemakan patriotik ini, pelajar dapat menjadi individu yang bukan sahaja berketerampilan tinggi dan celik mindanya, malah menjadi seorang pelajar yang berjiwa patriotik.Pihak Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh dan pengurusan K10 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nurul Azfa Izzah binti Zaidi yang menjuarai pertandingan Comic Strip Challenge, Saudara Amer Shaferul Ekhwan bin Amenudin yang menjuarai Pertandingan Mencipta Poster dan Saudara Kirthiraj A/L Sivaselvam yang menjuarai pertandingan TikTok Challenge.

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 30/09/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAy~