Kolej Sepuluh, UPM – Pada 28 April 2024, Sekretariat Alam Sekitar Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Semarak Siswa MADANI @ K10 Green Warrior di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Selangor dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Kesatuan Mahasiswa (KM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia. Program Semarak Siswa MADANI @ K10 Green Warrior ini telah mendapat penyertaan seramai 100 orang yang terdiri daripada warga Kolej Sepuluh, pihak UCTC, murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sri Serdang serta komuniti Taman Sri Serdang. Antara pengisian program yang telah dijalankan adalah bengkel kokedama bersama pihak UCTC, bengkel Hope to Soap 2.0, bengkel penghasilan Eco Print Natural Dye, pameran Bas Pengembangan Putra dan jualan susu Farm Fresh.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat diantara warga universiti dan komuniti setempat dengan cara berbakti kepada komuniti. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengendalian pelupusan sisa minyak masak terpakai dengan cara yang mesra alam sekitar. Para peserta juga dapat mengeksprestasikan kreativiti mereka dalam menghasilkan karya seni yang unik dengan menggunakan bahan semulajadi.
Pengarah program, Nurul Fariha binti Jusoh berkata seramai 22 orang fasilitator dari Kolej Sepuluh telah terlibat dalam pelaksanaan program ini. “Program Semarak Siswa MADANI @ K10 Green Warrior bukan hanya sekadar satu program, tetapi satu inisiatif berterusan untuk memperkukuhkan lagi hubungan yang erat antara warga universiti dan komuniti setempat sambil menyemai kesedaran akan pentingnya kelestarian alam ini”. “Kami berharap kerjasama dan hubungan yang telah terjalin ini dapat terus diperkukuhkan untuk masa depan yang lebih lestari dan harmoni”, katanya.

Gambar 1: Sesi fotografi bersama para peserta dan AJK Semarak Siswa MADANI @ K10 Green Warrior

Gambar 2: Bengkel kokedama bersama pihak penceramah dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

Gambar 3: Hasil karya para peserta yang terlibat Bengkel Eco Print Natural Dye

Gambar 4: Sesi pengendalian Bengkel Hope to Soap 2.0

Gambar 5: Saudari Nurul Fariha Binti Jusoh, Pengarah program, saudari Nur Fareisya Irdina Binti Shahimi, Timbalan Pengarah dan AJK Program Semarak Siswa Madani @ K10 Green Warrior
Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 26/06/2024 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR