Program Sembang Santai | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Sembang Santai

Program Sembang Santai

KOLEJ SEPULUH, UPM, 1 OKTOBER 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh (K10) telah mengadakan Program Sembang Santai: Tunaikan Kewajiban Anda UNDI18 di Kolej Sepuluh, UPM pada 1 Oktober 2022 (Ahad). Program ini berlangsung pada jam 8.30 malam hingga 11.000 malam. Seramai 225 orang pelajar Kolej Sepuluh, 221 orang pelajar bukan Kolej Sepuluh dan 654 orang penonton di YouTube Kolej Sepuluh telah menyertai program ini dan menjadikan 1100 orang yang terlibat keseluruhannya. Tujuan utama program ini adalah bertujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan yakin, secara lisan dan bertulis serta menggunakan teknologi dalam pembentangan dalam kalangan pelajar. Selain itu untuk meningkatkan kebolehan pelajar untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama serta mengembangkan minda pelajar. Di samping itu program ini dapat melatih pelajar dalam mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang ber justifikasi. Kebanyakan peserta dan penonton teruja dan memberikan fokus yang baik ketika program dijalankan dimana para peserta dan penonton ada memberikan beberapa soalan kepada panel setelah sesi sembang santai berakhir. Pihak Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada peserta dan penonton yang hadir dan memeriahkan program pada malam tersebut. Selain itu juga sekalung penghargaan kepada Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Sekalung ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel keran sanggup meluangkan masa untuk program ini.

Tarikh Input: 10/02/2023 | Kemaskini: 10/02/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAY~