PROJEK AKU SANTUNI KALIAN (PASKAL) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » PROJEK AKU SANTUNI KALIAN (PASKAL)

PROJEK AKU SANTUNI KALIAN (PASKAL)

PROJEK AKU SANTUNI KALIAN (PASKAL)

SERDANG, 22 Nov – Bertempat di   Dewan Seminar, Tingkat 1, Fakulti Kejuruteraan, PASKAL @ Projek Aku Santuni Kalian merupakan program anjuran PEMBINA UPM dengan kerjasama PEMBINA BANGI, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, KELAB PEMADAM, SEKRETERIAT AKADEMIK KOLEJ 10 dan BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UPM adalah sebuah program berbentuk sukarelawan dan penerangan berkaitan "Dadah". Di bawah Projek ini bakal melaksanakan program Mega iaitu ROADSHOW dan QUFFAL (Quran For All). Program ROADSHOW PASKAL ialah program berbentuk penerangan dan perkongsian tentang bahaya dadah dikalangan pelajar universiti pada zaman sekarang.

Ceramah yang disampaikan oleh wakil pegawai AADK Hulu Langat ini bertujuan membuka minda pelajar berkaitan punca dan kesan dalam kehidupan diri seorang pelajar apabila terlibat gejala dadah dan langkah yang boleh diambil apabila salah seorang sahabat atau ahli keluarga  terlibat dadah. Dengan mengambil kira beberapa isu-isu hangat di masa kini seperti ‘golongan cerdik ambil dadah’ dan ‘6 remaja maut terlebih dadah’, program ini telah menjadi  satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah.

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Noorizai Mohamad Noor yang merupakan ketua pentadbiran pejabat TNC mewakili TNC Hepa. Antara tetamu jemputan bagi program kali ini ialah Encik Safiee Omar (Ketua pegawai AADK daerah Hulu Langat), Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah (Penasihat Pembina), Encik Mohamad Ashaari Awab (Penasihat Pemadam) dan En. Sulaiman Muhammad Shahril (Presiden Pembina Bangi).

Program yang berbentuk penerangan dan perkongsian tentang bahaya dadah ini nyata telah memberi impak yang positif dikalangan pelajar untuk membentuk generasi yang lebih baik di masa hadapan. Para pelajar perlu mengembangkan dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan sihat daripada terjebak dengan penagihan dadah.

Berita oleh: Siti Raudhah Mohd Rahim

Gambar oleh: Mohd Norazysyam  Azman

Tarikh Input: 30/11/2019 | Kemaskini: 30/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAg~