Putra Apprentice 3.0-'Earning While Learning' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Putra Apprentice 3.0-'Earning While Learning'

Putra Apprentice 3.0-'Earning While Learning'

YOUTUBE LIVE (Saluran K10 UPM), 12 DISEMBER 2021 - seramai 1131 peserta yang terdiri daripada pelajar UPM telah menyertai program Putra Apprentice 3.0 yang bertajuk ‘Earning While Learning’. Sepanjang program ini berlangsung, perkongsian yang padat telah diberikan oleh dua alumni UPM yang berpengalaman dalam bidang perniagaan iaitu, Encik Shaick Saifullah Jehangir Ali, Pengasas Ombak Exclusive Sdn. Bhd. dan Encik Zaim Haziq disamping teknik-teknik mereka menguruskan perniagaan. Dalam perkongsian Encik Shaick Saifullah Jehangir Ali, beliau menceritakan cara beliau memasuki bidang perniagaan dengan menjual kacang dan teknik- teknik beliau memajukan perniagaan beliau sampai menjadi pengasas sebuah syarikat yang terkenal. Selain itu, beliau juga berkongsi tips menguruskan masa sebagai seorang pelajar sambil mencemburui aktiviti perniagaan yang amat penting seorang pelajar untuk ketahui. Encik Zaim Haziq pula berkongsi pendapat beliau, juga mencadangkan jenis-jenis perniagaan yang memberikan pulangan yang lumayan dan bersesuaian dengan pelajar universiti. Seterusnya, beliau berkongsi rahsia mendapatkan modal dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan modal semasa demi kelangsungan perniagaan yang berterusan. Perkongsian kedua-dua penal jemputan diakhiri dengan menjawab 5 soalan daripada penonton dalam sesi soal jawab dan tamat tepat pada 10:30 malaml. Program kemudian diteruskan dengan pameran QR code bertujuan pengambilan kehadiran penonton YOUTUBE LIVE. Program tamat pada jam 10.45 malam.

Tarikh Input: 29/12/2021 | Kemaskini: 29/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAL~