Sambutan Malam Tahun Baru Cina | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Sambutan Malam Tahun Baru Cina

Sambutan Malam Tahun Baru Cina

SERDANG, 8 Januari 2023 — Cheng Xia di bawah Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SETA), Kolej Sepuluh (K10) telah menganjurkan sambutan malam Tahun Baru Cina pada 8 Januari 2023 (Ahad). Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan penglibatan yang aktif daripada para peserta dalam kalangan ahli jawatankuasa Cheng Xia. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 24 orang lelaki dan 21 orang perempuan terlibat dalam program ini. Objektif program ini telah berjaya dicapai di mana ianya bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar Kolej Sepuluh dan menyediakan peluang kepada ahli jawatankuasa untuk melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina. Di samping itu, program ini juga dapat menerapkan sikap bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain. Program ini diadakan di Dewan Sri Budiman, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada jam 8.00 malam. Semua peserta diberikan angpau yang mempunyai warna kertas yang berbeza semasa pendaftaran. Pada jam 8.15 malam, pemilihan kumpulan secara rawak dijalankan dengan mengikut warna kertas. Semua peserta diberikan masa selama 15 minit untuk menulis ucapan Tahun Baru Cina dan dimasukkan dalam angpau semula. Angpau tersebut telah dikutip dan dirawakan. Seterusnya, program ini diteruskan dengan aktiviti secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 kategori iaitu permainan perkataan domino, permainan teka teki dan permainan lari dan tangkap dimulakan pada jam 8.30 hingga 9.30 malam. Pada jam 9.30 malam, semua peserta duduk mengikut kumpulan masingmasing, menerima angpau yang mempunyai ucapan Tahun Baru Cina daripada peserta lain dan berkomunikasi sesama ahli kumpulan. Akhirnya, aktiviti fotografi dijalankan pada 9.50 malam dan secara tidak langsungnya program ini berjaya ditamatkan tepat pada jam 10.00 malam. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang meluangkan masa untuk menelusuri diri dalam program ini. Diharapkan program ini dapat menjadi sebuah platform untuk mencipta kenangan indah dan merapatkan tali silaturahim dalam kalangan ahli jawatankuasa Cheng Xia.

Tarikh Input: 03/05/2023 | Kemaskini: 03/05/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMAM~