Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Putra Malaysia | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Putra Malaysia

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Putra Malaysia

SERDANG,10 Nov – Seramai 62 orang peserta dari kontijen Kolej Sepuluh telah menyertai Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Putra Malaysia. Perarakan sejauh 1.5 km bermula dari Central Parking UPM hingga ke Masjid UPM. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar telah berkumpul di Central Parking UPM. Para peserta disediakan sarapan sebelum perarakan. 

Semasa perarakan, seramai 9 kontijen yang terdiri daripada kolej-kolej di UPM sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh bersemangat dan penghayatan. Perarakan kontijen Kolej Sepuluh diketuai oleh saudara Afnan dan pemegang sepanduk oleh saudara Zal-Hazmi dan saudara Zuhdi Zahir. Tema pakaian bagi kontijen kolej Sepuluh adalah hitam, biru dan juga hijau. 

Berakhirnya perarakan, para peserta berkumpul di dalam masjid bagi memulakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Sebuah ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Maulana Iqbal Zain yang bertajuk Nabi Inspirasi Kesatuan. Maulana Iqbal menyampaikan bahawa umat Islam perlu berhajat untuk mencintai Rasulullah SAW kerana Baginda akan memberi syafaat di akhirat nanti kepada umatnya yang berselawat. Dijelaskan juga bahawa Allah SWT akan masukkan cahaya dalam hati hamba-Nya yang berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Selesainya ceramah, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Tokoh Maulidur Rasul, Perarakan Terbaik dan Sepanduk Terbaik. Kolej Sepuluh telah mendapat tempat Ketiga dalam Perarakan Terbaik dan Naib Johan bagi Sepanduk Terbaik. Majlis telah selesai dan para pelajar pulang ke kolej masing-masing.

 

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAS~