Semarak Siswa MADANI @ K10 Hikerex | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Semarak Siswa MADANI @ K10 Hikerex

Semarak Siswa MADANI @ K10 Hikerex

                           

Port Dickson, 17 Disember 2023 - Sekretariat Sukan dan Rekreasi (SRX), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 berjaya menganjurkan program Semarak Siswa Madani @ K10 HikeRex secara fizikal bertempat di Taman Eko-Rimba Tanjung Tuan, Port Dickson. Program ini telah berlangsung pada 17 Disember 2023.

Program Semarak Siswa Madani @ K10 HikeRex telah diadakan dengan tujuan untuk memupuk masyarakat yang cinta akan alam sekitar dan membentuk masyarakat yang mempunyai semangat kesukanan antara anggota masyarakat. Selain itu, program ini dapat memupuk minat pelajar terhadap aktiviti rekreasi luar dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Para pelajar turut didedahkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya di kawasan persisiran pantai. Hal ini kerana kebersihan pantai penting untuk mengekalkan ekosistem dan menjaga kelestarian kawasan pantai.

                                                             

Program ini telah disertai oleh 32 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang felo dan 30 orang pelajar Kolej Sepuluh. Seramai 30 orang wakil dari pihak komuniti juga telah menyertai program ini seperti menyertai slot "Solidariti Free Palestine". Peserta bukan sahaja dapat mengenali antara satu sama lain melalui aktiviti yang dijalankan, malah dapat menunjukkan solidariti mereka bersama komuniti setempat terhadap saudara yang berada di Palestin. Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Kolej Sepuluh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang menyertai program ini dan berharap agar peserta dapat menjadi masyarakat yang cinta akan alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Tarikh Input: 24/03/2024 | Kemaskini: 24/03/2024 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEbNAM~