SESI DIALOG WARGA PALAPES DAN MEJ JEN DATO' WIRA MD TAJRI ALWI | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » SESI DIALOG WARGA PALAPES DAN MEJ JEN DATO' WIRA MD TAJRI ALWI

SESI DIALOG WARGA PALAPES DAN MEJ JEN DATO' WIRA MD TAJRI ALWI

SERDANG, 6 Okt- Majlis Dialog "Kepimpinan dan Nasionalisma Generasi Muda" di antara warga PALAPES Universiti Putra Malaysia (UPM), bersama Mej Jen Dato' Wira Md Tajri Alwi, Panglima Latihan, Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diadakan pada 28 September 2019, di Pusat Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (KOSASS). Kehadiran Mej Jen Dato' Wira Md Tajri Alwi disambut oleh Kol (K) Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Komandan PALAPES UPM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah  Lt. Kdr. Prof Madya Gs. Dr. Mohd Hasmadi Ismail yang juga Pengetua KOSSAS, Mejar Muhammad Fadzil Repin, Timbalan Komandan, dan pegawai-pegawai PALAPES UPM.  

 

Dalam majlis itu, Mej Jen Dato' Wira Md Tajri Alw menyampaikan sesi dialog berkaitan dengan kepimpinan dan semangat nasionalisme serta jati diri yang perlu ada dalam kalangan generasi muda terutamanya kepada kadet PALAPES UPM. Dalam dialog itu juga, beliau menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dalam ATM sehingga kini  sebagai pedoman kepada pegawai-pegawai kadet PALAPES UPM. Dalam dialog itu, pegawai kadet PALAPES UPM berpeluang untuk bersoal-jawab dengan beliau dan bertanyakan pandangan beliau dalam mendepani dunia ketenteraan moden.

 

Dato' Wira dan Kol (K) Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Komandan PALAPES UPM telah menanam beberapa anak pokok sebagai simbolik sejajar Kelastarian hijau UPM. .

 

Berita Oleh: Muhammad Sollehin Kamaruddin  

Gambar: Instagram, ROTU UPM

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAU~