SERDANG 16 Mei 2019 - Sebuah majlis sesi interaksi bersama Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Dewan Kolej 10. Sesi interaksi ini telah dihadiri oleh Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Pengetua Kolej 10 dan Kolej 11 YBhg Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah bin Baharudin, barisan Felo kolej 10 dan kolej 11 dan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej 10 dan 11.
Sesi ini membincangkan berkaitan penggabungan Kolej 10 dan Kolej 11. Sesi ini berlangsung selama 3 Jam dan mendapat persetujuan untuk penggabungan kolej ini. Namun demikian, nama baru kolej belum ditetapkan lagi. Sehubungan dengan itu, pihak Kolej 10 mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan pelajar selama di bawah kelolaan Kolej 10. Gemilang antara Terbilang!
Gambar : https://www.instagram.com/p/BxkZUewgRnz/?igshid=11lf5ve5ruyei
Berita oleh : Muhammad Azrul Haqim Jaafar
Gambar oleh : Muhd Hazim Azmi
Tarikh Input: 20/05/2019 | Kemaskini: 20/05/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR