Serdang, 11 Januari 2026 – Program SKETCH2MOTION: MOVING IDEAS anjuran Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat (DigiComm), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan di Thinker Space 2.0, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Program ini disertai seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Asasi Pintar UKM serta warga Kolej Sepuluh dengan penglibatan yang aktif.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas dan proses penghasilan animasi secara praktikal di samping memperkenalkan industri animasi serta peluang kerjaya dalam bidang kreatif digital. Sepanjang program, peserta didedahkan kepada teknik asas reka bentuk visual, konsep animasi serta latihan secara praktikal (hands-on).
Selain itu, program ini turut menampilkan penceramah jemputan industri animasi iaitu En. Khairul Aimran bersama En. Ahmad Razuri yang berkongsi pengalaman profesional serta membimbing peserta menghasilkan animasi ringkas secara langsung. Program ini juga mendapat sokongan pelbagai pihak dalam menjayakan pelaksanaannya.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memupuk kreativiti, minat dan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar. Ia diharapkan dapat melahirkan mahasiswa yang inovatif serta berdaya saing dalam industri kreatif dan ekonomi digital negara.

Gambar 1: Gambar semasa majlis perasmian
Gambar 2: Penyampaian sijil penghargaan

Gambar 3: Sesi demonstrasi Animate It!

Gambar 4: Slot pengenalan dunia industri animasi
Tarikh Input: 10/07/2026 | Kemaskini: 11/07/2026 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR