'Smart Lamp K10' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » 'Smart Lamp K10'

'Smart Lamp K10'

SERDANG, 27 Ogos 2022 - Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 telah menganjurkan satu projek, iaitu Smart Lamp K10 yang direalisasikan bermula pada 26 hingga 31 Ogos 2022. Seramai 40 orang Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 bekerjasama menyumbang tenaga untuk menjayakan projek ini bersama bimbingan felo. Smart Lamp K10 dipasang di laluan jalan kaki pelajar Kolej Sepuluh (blok perempuan), dari laluan di kawasan ‘Drop Point’ hingga laluan di hadapan pejabat pengurusan Kolej Sepuluh. Objektif projek telah berjaya dicapai iaitu bertujuan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di kolej dan pada masa yang sama memelihara keselamatan pelajar terutamanya pada waktu malam selepas 7 malam sehingga 7.00 pagi. Selain itu, matlamat projek ini juga bakal dicapai yang bertujuan untuk dipertandingkan dalam Anugerah/Hadiah Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) anjuran Universiti Putra Malaysia. 

 

Projek ini memerlukan sehari untuk membuat persediaan komponen atau bahan yang diperlukan. Pada 27 Ogos 2022, pemasangan Smart Lamp K10 bermula secara berkala dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat penggunaan aplikasi yang boleh dimuat naik di aplikasi ‘Apps Store’, bertujuan untuk mengawal penggunaan lampu projek tersebut, dari segi kawalan masa penggunaan dan keberkesanan penggunaan sensor pada Smart Lamp K10. Hal ini menyebabkan pelajar dapat memperluaskan ilmu dalam penggunaan teknologi dan memudahkan projek ini dijalankan dengan sempurna. 

 

Projek Smart Lamp K10 ini dijayakan untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga Kolej Sepuluh dalam jangka masa yang lama pada masa hadapan. Jadi, diharapkan agar projek ini dapat dikekalkan dan ditambahbaik bagi mencapai objektif yang diketengahkan, dan terus berinovasi dalam penggunaan teknologi, kerana berupaya untuk melahirkan pelajar yang fleksibel daripada pelbagai aspek. 

 

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 24/11/2022 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAm~