Sukarelawan Awam | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Sukarelawan Awam

Sukarelawan Awam

Kolej Sepuluh, UPM, 26 Jan 2021 – Pada 23 Januari 2021, Sekretariat Kesukarelawan telah menganjurkan sebuah program yang bernama Public Volunteering (PubV). Public Volunteering ini menganjurkan aktiviti gotong-royong secara kendiri di kediaman bersama ahli keluarga masing-masing untuk mengelakkan penyebaran COVID-19. Aktiviti “Gotong-Royong Norma Baharu” ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang sekretariat rancangkan sepanjang semester ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sifat cakna akan kebersihan alam sekitar supaya bersama-sama menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan di kediaman masing-masing menerusi aktiviti gotong-royong ini. Seramai 117 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai program ini. Para peserta telah memulakan aktiviti gotong-royong ini bermula jam 9.00 pagi dengan membersihkan kediaman masing-masing seperti di luar halaman rumah, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya. Seterusnya, peserta telah diminta untuk memuatnaik gambar-gambar mereka menjalankan aktiviti gotong-royong di akaun Instagram peserta sebagai bukti penyertaan berserta hashtag #PubVK10Care #WeLoveWeServeWeCare. Pihak penganjur menamatkan program pada 23 Januari 2021 jam 6.00 petang. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui gambar-gambar yang telah dimuatnaik oleh peserta yang jelas menunjukkan kegembiraan mereka dapat mengisi masa lapang dengan bergotong-royong bersama ahli keluarga masing-masing. Kesimpulannya, objektif program ini telah disampaikan dengan jayanya kepada para peserta dan diharapkan juga usaha untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar menerusi aktiviti gotong-royong ini akan diteruskan pada masa akan datang.

(238 patah perkataan)

Tarikh Input: 30/01/2021 | Kemaskini: 30/01/2021 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAV~