TAHNIAH ADITYA! : ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » TAHNIAH ADITYA! : ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA

TAHNIAH ADITYA! : ANUGERAH PEMIMPIN PELAJAR ANTARABANGSA

NILAI – Aditya Humata Iswardi telah memenangi “Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa” dalam majlis Anugerah Tokoh Siswa Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 30 Mac 2019. Aditya, 22 tahun, merupakan Mahasiswa Tahun Akhir, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan menerima hadiah RM1,000.00, trofi, biasiswa Tokoh Siswa dan Sijil kemenangan. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Cheng.

Aditya merupakan mahasiswa yang aktif di dalam program-program aktiviti pelajar sepanjang menginap di Kolej Sepuluh semenjak tahun 2015 termasuklah bergiat aktif dalam program universiti, di luar kampus dan mantan Timbalan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sepuluh Sesi 2017/2018.

Prof. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah ketika diminta mengulas mengenai kemenangan beliau berkata “Aditya merupakan pelajar antarabangsa di Kolej Sepuluh yang berani melontarkan idea-idea yang bernas dan berfakta”. Menurut Pengetua Kolej Sepuluh itu lagi, Aditya sememangnya layak memenangi anugerah tersebut kerana beliau mempunyai kesungguhan yang tinggi, sangat komited dan mempunyai komitmen jitu dalam melaksanakan program pelajar yang telah dirancangkan ketika di Kolej Sepuluh.

Untuk rekod, Aditya turut memenangi Hadiah Utama Anugerah Sri Gemilang di majlis Malam Sinar Gemilang yang disampaikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2019 yang lalu anjuran bersama Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudara Aditya Humata Iswardi kerana mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia dan Kolej Sepuluh. Semoga kejayaan beliau ini menjadi contoh dan pemangkin kepada mahasiswa lain di Kolej Sepuluh untuk mengikut jejak langkah beliau ini. Syabas diucapkan!

Berita Oleh : Mohd Hasrul Hamdan

Gambar oleh : BHEP ( http://www.hep.upm.edu.my/news/aditya_humata_iswardi_tokoh_siswa_2018-48479 )

Tarikh Input: 30/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAO~