TAHNIAH! MAJLIS PERASMIAN PELANTIKAN MPK SESI 2019/2020 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » TAHNIAH! MAJLIS PERASMIAN PELANTIKAN MPK SESI 2019/2020

TAHNIAH! MAJLIS PERASMIAN PELANTIKAN MPK SESI 2019/2020

 

SERDANG, 12 Sept– Perlantikan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sesi 2019/2020 telah diadakan pada 12 September 2019. Majlis ini bertempat di Dataran Kolej Sepuluh dan merupakan majlis tahunan Kolej Sepuluh.

 

Seramai 38 orang pelajar berjaya dilantik sebagai MPK Sesi 2019/2020. Majlis Pelantikan MPK ini dihadiri seramai 600 pelajar Kolej Sepuluh. Perasmian ini dilengkapkan dengan upacara angkat sumpah yang diketuai oleh President MPK, Iskandar Zulkarnain Adamulhasza.

 

Terdapat 10 barisan sekretariat yang dilantik antaranya Sekt. Akademik, Sekt. Kerohanian & Perpaduan, Sekt. Rekreasi, Sekt. Alumni, Sekt. Komunikasi Korporat & Intergriti, Sekt. Sukan, Sekt. Teknikal & Multimedia, Sekt. Alam Sekitar, Sekt. Sukarelawan dan Sekt. Kebudayaan & Kesenian (SETA).

 

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada barisan MPK Kolej Sepuluh atas perlantikan yang telah dilaksanakan.Tidak lupa juga ucapan selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah disandarkan dengan adil dan saksama.

 

Berita Oleh: Alysha Auluck Amarjit Singh

Gambar: Instagram Kolej Sepuluh

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAd~