TALK X TALENT (TXT) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » TALK X TALENT (TXT)

TALK X TALENT (TXT)

KOLEJ SEPULUH, UPM, 20 Jan 2021 – Pada 22 Disember 2020 hingga 20 Januari 2021, Jemaah Pengerusi Aras telah menganjurkan sebuah program iaitu Talk X Talent (TXT), yang bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dan membuka peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan melalui perkongsian daripada tetamu jemputan yang berpengalaman. Program ini bukan sahaja dapat menanam semangat yang tinggi dalam diri pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menonjolkan bakat mereka, tetapi juga bertujuan untuk melahirkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar berkenaan tajuk-tajuk ceramah yang diadakan dalam program TXT. Notis mengenai program ini telah dikeluarkan pada hari pertama program TXT dimulakan. Sepanjang berlangsungnya program ini, para pelajar dijemput untuk menyertai pertandingan dan ceramah yang dilangsungkan di saluran YouTube Kolej Sepuluh iaitu K10 UPM. Antara pertandingan yang telah dilangsungkan adalah Digital Art , Magic Trick Video, Your Design For All dan Covid-19 Lifestyle Challenge Video. Ceramah yang telah dilangsungkan adalah Skincare Talk, Makeup And Hijab Stylist Tutorial, Future Talk dan Marketability In E-Commerce. Pertandingan-pertandingan tersebut bermula pada 21 Disember 2020 dan berakhir pada 6 Januari 2021, manakala ceramah Makeup And Hijab Stylist Tutorial (1 Januari 2021), Future Talk (8 Januari 2021) dan Marketability In E-Commerce (14 Januari 2021). Tepat pada jam 8.00 malam, ceramah dimulakan dan diakhiri pada jam 10.00 malam. Sepanjang program ini dijalankan, semua pelajar memberikan sambutan dan komitmen yang baik. Pelajar juga tidak segan untuk bertanyakan soalan sewaktu program ini dijalankan. Segala persoalan yang muncul telah dijawab oleh Ahli Jawatan Kuasa TXT sendiri. Pengumuman pemenang pertandingan diberikan semasa majlis penutupan program. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif dari pelajar.

Tarikh Input: 26/03/2021 | Kemaskini: 26/03/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeIAb~