The Terrarium Challenge | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » The Terrarium Challenge

The Terrarium Challenge

Kolej Sepuluh, UPM, 12 Jan 2021 – Pada 2 hingga 8 Januari 2021, Sekretariat Alam Sekitar telah menganjurkan sebuah program yang bernama The Terrarium Challenge. Terrarium merupakan tanaman hiasan yang ditanam di dalam botol, bekas serta bahan-bahan kitar semula yang lain. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mencungkil kreativiti para peserta untuk menghasilkan sesuatu dengan menggunakan sumber yang terhad serta meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan alam sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan amalan kitar semula.

 

Seramai 76 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai program ini. Para peserta telah menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, bekas kaca, bekas plastik dan lain-lain untuk menghasilkan terrarium masing-masing. Di samping itu, para peserta juga menggunakan batu-batu kecil serta barang-barang yang terpakai seperti mainan-mainan lama untuk menghiasi terrarium mereka. Seterusnya, peserta telah diminta untuk memuatnaik gambar-gambar terrarium yang telah dihasilkan di dalam aplikasi Instagram menggunakan hashtag #ttc_seask10. Pihak penganjur menutup kemasukan sebaik sahaja tamat tempoh bertanding iaitu pada 8 Januari 2021.

 

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. Kejayaan program ini juga dapat dilihat melalui deskripsi gambar. Instagram peserta yang menceritakan keseronokan mereka dalam proses membina terrarium masing-masing. Kesimpulannya, objektif program ini telah disampaikan dengan jayanya kepada para peserta dan diharapkan juga usaha untuk menerapkan semangat kitar semula dan cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat akan diteruskan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 14/01/2021 | Kemaskini: 15/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKAL~