TRACK AND FIELD KOLEJ SEPULUH 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » TRACK AND FIELD KOLEJ SEPULUH 2019

TRACK AND FIELD KOLEJ SEPULUH 2019

Pusat Sukan UPM, November- Majlis penutupan program Track and Field Kolej Sepuluh 2019 telah dijalankan pada 10 November 2019 bertempat di Stadium Pusat Sukan, UPM. Program ini telah dianjurkan oleh Sekretariat Sukan, Majlis Perwakilan Kolej dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, UPM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk sesi suai kenal di antara pelajar baharu dan juga lama di samping merapatkan lagi hubungan antara penghuni Kolej Sepuluh. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah acara bola jaring, bola tampar dan futsal.

Johan bagi acara bola jaring bagi kategori perempuan adalah Aras 6, Naib Johan adalah Aras 2 dan tempat ketiga adalah Aras 1. Manakala acara bola tampar bagi kategori lelaki, tempat pertama adalah Aras 6, tempat kedua adalah Aras 5, tempat ketiga adalah Aras 4 dan tempat keempat adalah Aras 1. Selain itu, acara futsal bagi kategori lelaki dan perempuan turut diadakan dan johan untuk kategori lelaki adalah Zon 1A, Naib Johan adalah Zon 7B dan tempat ketiga Zon 2B. Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama adalah Aras 5, tempat kedua adalah AAras 4DAN TEMPAT ketiga adalah Aras 6.

Tarikh Input: 19/11/2019 | Kemaskini: 19/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePA6~