UJIBAKAT MALAM TUNAS BUDAYA KOLEJ SEPULUH UPM | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » UJIBAKAT MALAM TUNAS BUDAYA KOLEJ SEPULUH UPM

UJIBAKAT MALAM TUNAS BUDAYA KOLEJ SEPULUH UPM

 
SERDANG, 17 Sept- Sebuah ujibakat bagi persediaan Malam Tunas Budaya telah dianjurkan oleh
Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Kolej Sepuluh (SETA) bagi mencari penyertaan dari pelajar Kolej
Sepuluh. Semua pelajar Kolej Sepuluh telah diwajibkan untuk menyertai ujibakat Malam Tunas Budaya.
Ujibakat telah diadakan di Dewan Hibiscus blok lelaki Kolej Sepuluh bermula pada jam 8 malam dan
berakhir kira-kira jam 10 malam.
Pelajar perlu melalui ujibakat saringan pertama iaitu nyanyian seterusnya melalui saringan kedua bagi
ujibakat tarian. Kesemua pelajar Kolej Sepuluh telah melalui ujibakat yang dijalankan dan bagi pelajar
yang telah berjaya melepasi peringkat ujibakat akan mewakili Kolej Sepuluh bagi Malam Tunas Budaya
yang berlangsung di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia.
 
 
 
Berita oleh : Wan Muhamad Baqir Mahdi
Gambar : Instagram Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Kolej Sepuluh (SETA)

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAQ~