UMAC 2019 : K10 BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN! | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » UMAC 2019 : K10 BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN!

UMAC 2019 : K10 BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN!

 April 2019, Serdang - Sebuah pertandingan ;Young motivator Competition 2019 (UMAC 2019) telah dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling UPM pada 21 April 2019. Petandingan ini telah berlangsung pada jam 9.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dan bertempat di Dewan Kolej Canselor. Pertandingan dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Encik Mohd Redzuan bin Zamberi. Pertandingan ini telah dijuarai oleh Saudari Hannah Azri daripada Kolej Tiga Belas. Diikuti dengan naib johan oleh Saudara Muhammad Afif bin Roslanul Asikin daripada Kolej Sepuluh dan juga tempat ketiga telah disandang oleh Saudari Intan Nabilah. Ketiga-tiga pemenang akan mewakili UPM ke peringkat seterusnya. Pihak Pengurusan Kolej mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Afif atas kejaayan beliau.

Gambar : https://www.instagram.com/p/BwkIkZTgcz6/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=10yowu89pz1cs

Berita oleh : Muhammad Wildan Azman

Gambar oleh : Muhammad Wildan  Azman

Tarikh Input: 23/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAa~