World Under Your Fingertip (WUYF) Pencentus Insan Kreatif | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » World Under Your Fingertip (WUYF) Pencentus Insan Kreatif

World Under Your Fingertip (WUYF) Pencentus Insan Kreatif

KOLEJ SEPULUH, UPM, 14 November 2021 – Pada 6 November 2021 hingga 14 November 2021, Sekretariat Teknikal dan Multimedia telah menganjurkan sebuah program iaitu World Under Your Fingertip (WUYF) yang bertujuan untuk memastikan ahli Sekretariat Teknikal dan Multimedia dilatih dan dibimbing dengan baik dalam menyunting poster dan mengendalikan program dalam talian. Notis mengenai program ini telah dikeluarkan dua hari sebelum program WUYF dimulakan. Sepanjang berlangsungnya program ini, para pelajar telah dijemput ke aplikasi Zoom untuk menyertai Bengkel dan pertandingan yang diadakan. Dalam program ini terdapat slot Bengkel Photoshop yang berlangsung pada 6 November 2021. Pengisian bengkel tersebut dikhususkan untuk mengasah bakat peserta dalam penyuntingan multimedia seperti Photoshop bagi menghasilkan poster yang kreatif dan berkualiti. Selain itu, slot Bengkel Pengendalian Program Dalam Talian turut diadakan pada 14 November 2021 yang mengkhususkan cara penggunaan platform Streamyard, Google Meet dan Zoom bagi pelaksanaan majlis supaya majlis yang dianjurkan oleh Kolej Sepuluh berjalan lancar walaupun dalam talian. Pelaksanaan kedua-dua bengkel ini amat penting bagi Sekretariat Teknikal yang merupakan antara sekretariat sokongan dalam pelaksanaan majlis di Kolej Sepuluh dan program ini telah mendapat sambutan daripada ahli Sekretariat termasuk pelajar Kolej Sepuluh yang lain. Program ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan peserta bahkan dapat membantu Sekretariat Teknikal dalam mencari bakat baharu yang mahir dalam penghasilan bahan siaran seperti poster dan pengendalian program dalam talian semasa fasa pandemik ini. Seterusnya, pertandingan yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan Poster Kreatif yang bertemakan Artificial Intelligence of Things. Pertandingan tersebut diadakan selepas tamatnya Bengkel Photoshop. Pertandingan ini bertujuan untuk mendapatkan bakat-bakat baharu dalam kemahiran menyunting poster. Pertandingan tersebut bermula pada 6 November 2021 dan berakhir pada 11 November 2021 manakala sesi penilaian berlangsung pada 12 dan 13 November 2021. Sepanjang program ini dijalankan, semua pelajar memberikan komitmen yang baik. Pelajar juga tidak segan untuk bertanyakan soalan sewaktu program ini dijalankan. Segala persoalan yang muncul semasa bengkel berlangsung telah dijawab dengan baik oleh pihak penceramah bengkel tersebut. Pengumuman pemenang pertandingan Poster Kreatif diberikan selepas tamatnya bengkel terakhir iaitu Bengkel Pengendalian Program Dalam Talian. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif dari pelajar.

Tarikh Input: 30/11/2021 | Kemaskini: 30/11/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAE~