Youth International Talk 3.0 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Youth International Talk 3.0

Youth International Talk 3.0

YOUTUBE LIVE K10 UPM, 15 JANUARI 2022 - Pada 15 Januari 2022, Sekretariat Akademik telah menganjurkan satu program dalam talian iaitu Webinar: Youth International Talk 3.0 yang bertemakan Academic Achievement and Cultural Diversity. Program ini merupakan satu medium pertukaran pendapat golongan belia dalam kalangan pelajar universiti. Tumpuan utama program ini diadakan adalah untuk membincangkan hubung kait pencapaian akademik dan kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar di samping untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa penyertaan pelbagai budaya dengan latar belakang dan keperluan yang berbeza dalam sesuatu perkara dapat membantu pelajar untuk berkembang dalam dunia yang sangat mencabar. Hal ini demikian kerana, amat penting bagi para pelajar untuk aktif dan melibatkan diri dalam komuniti di peringkat tempatan, nasional dan global. Pada jam 8.00 malam, pautan program yang diadakan melalui platform Youtube Kolej Sepuluh telah disebarkan kepada para pelajar universiti. Program tersebut bermula tepat pada jam 8.30 malam didahului dengan ucapan alu-aluan oleh moderator. Terdapat dua orang panel jemputan bagi program ini iaitu Saudara Irsyad Hadi Farhan bin Arizal (University of Illinois Urbana-Champaign) dan Saudara Munther Mohammad Qasem Al-Qsairi (Alumni Yarmouk University, Jordan) manakala, Saudara Ooi Yun Sheng sebagai moderator dari UPM. Panel jemputan telah memberi perkongsian kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran semasa dalam pembelajaran walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat dan budaya. Pelajar juga boleh mendapatkan tips dan maklumat yang berguna daripada para panel dalam aspek pengalaman, hubungan dan persekitaran. Semasa slot sesi soal jawab, pelbagai soalan telah dikemukakan oleh para peserta kepada para panel. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar universiti tidak kira di dalam mahupun di luar negara. Program ini telah berlangsung selama dua jam dan tamat pada jam 10.00 malam. Para peserta yang menonton program ini telah diberikan pautan maklum balas dan kehadiran program. Melalui maklum balas yang telah diberikan oleh para peserta, program ini dapat ditambah baik dari semasa ke semasa agar program yang akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Rasional program ini yang ditekankan kepada para pelajar adalah tentang betapa pentingnya penyertaan pelbagai budaya dengan latar belakang dan keperluan yang berbeza dalam sesuatu perkara dapat membantu pelajar untuk berkembang dalam dunia yang sangat mencabar. Hal ini demikian kerana, para pelajar merupakan golongan belia yang memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka dan masyarakat sekeliling. Semoga kejayaan program ini dapat mempromosikan Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah universiti yang aktif dalam mengadakan program akademik berimpak tinggi. (348 patah perkataan)

Tarikh Input: 31/01/2022 | Kemaskini: 31/01/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMA4~