Pejabat Pengurusan Kolej 10 berfungsi dalam menguruskan prasarana dan logistik kolej seperti penyerahan bilik, penyenggaraan kerosakan, fasiliti, surat menyurat dan rekod pelajar. Bahagian ini dianggotai oleh Pengetua sebagai peneraju, pegawai pentadbiran tetap iaitu Pegawai Tadbir, Penolong Jurutera, Pembantu Tadbir, Pembantu Kemahiran, Pembantu Operasi dan Pembantu Awam.