Kolej 10 sentiasa komited untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan efisien dari semasa ke semasa demi memenuhi ekspektasi dan kepuasan pelanggan kami.
Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap yang terbaik, kami sangat mengalu-alukan maklum balas daripada semua warga Kolej 10 berhubung perkhidmatan kami sepanjang 2023.
Mohon jasa baik anda untuk mengisi pautan yang berikut:
Adalah dimaklumkan bahawa cuti Semester Ke-2 Sesi 2022/2023 akan bermula dari 17 Julai (Isnin) hingga 1 Oktober 2023 (Ahad) selama sebelas (11) minggu. Sehubungan itu semua pelajar Kolej Sepuluh dikehendaki mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:
MENGOSONGKAN BILIK
a) Sebelum pelajar menyerahkan kunci bilik di Pejabat Am Kolej Sepuluh, pelajar perlu memastikan dan melaksanakan perkara seperti berikut:-
b) Kegagalan bertindak perkara (a) di atas akan dikenakan denda RM 50.00.
2. PEMULANGAN KUNCI BILIK
a) Pemulangan kunci boleh dilakukan pada waktu pejabat di Pejabat Am Kolej.
Tarikh pemulangan kunci adalah seperti butiran berikut:-
Tarikh : 15 & 16 Julai 2023 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Pejabat Am Kolej Sepuluh
b) Kegagalan pelajar bertindak perkara (a), bayaran akan dikenakan RM 4.00
setiap hari sehingga bilik dikosongkan dan kunci dipulangkan.
** Pelajar tidak dibenarkan memulangkan kunci bilik bagi pihak kawan atau rakan sebilik. Jika perkara ini berlaku, pelajar boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM50.00 setiap seorang.
3. PENGINAPAN SEMASA CUTI
Wing C dan D akan dijadikan bilik penginapan sepanjang cuti semester ini. Pelajar yang ingin menginap semasa cuti dikehendaki untuk mengisi Borang Permohonan Penginapan Semasa Cuti Semester dan mendaftar di Pejabat Kolej serta membuat bayaran sebelum penginapan bermula melalui aplikasi DuitNow QR. Tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar-pelajar yang didapati tinggal tanpa kebenaran atau menumpangkan orang lain.
4. PERALATAN KOLEJ
Semua peralatan kolej yang dipinjam terutamanya alatan sukan, kebudayaan,
elektrik dan alatan lain hendaklah dipulangkan sebelum atau pada 14 Julai 2023 (Jumaat).
5. TEMPAT MENYIMPAN BARANG
Pihak Kolej akan menyediakan tempat penyimpanan barang di pantri yang disediakan disetiap Aras di Blok Penginapan.
6. PENDAFTARAN KOLEJ BAGI SEMESTER PERTAMA 2023/2024
Pelajar tidak dibenarkan pulang awal. Pelajar hanya boleh mendaftar dan mengambil kunci pada tarikh seperti berikut:
Tarikh : 7 & 8 Oktober 2023 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Pejabat Am Kolej Sepuluh
** Pelajar tidak dibenarkan mengambil kunci bagi pihak kawan atau rakan sebilik. Jika perkara ini berlaku, pelajar boleh dikenakan tindakan denda sebanyak RM50.00 setiap seorang.
Adalah dimaklumkan kepada semua pelajar Kolej Sepuluh, UPM, yang berhasrat untuk meneruskan penginapan di Kolej Sepuluh bagi sesi 2023/2024 akan datang, saudara/saudari diwajibkan untuk membuat permohonan dengan mengisi permohonan secara dalam talian yang boleh dilayari di alamat https://ekolej.upm.edu.my mulai 03 Julai 2023 (Isnin) sehingga 09 Julai 2023 (Ahad).
Kegagalan saudara/saudari berbuat demikian akan dikira sebagai tidak berminat untuk meneruskan penginapan di Kolej Sepuluh pada sesi 2023/2024 akan datang.
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR