PELAJAR KOLEJ 10 MENGUNGGULI PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » PELAJAR KOLEJ 10 MENGUNGGULI PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK

PELAJAR KOLEJ 10 MENGUNGGULI PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK

SERDANG, 7 Okt– Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak, Universiti Putra Malaysia (Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi) telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 2019 pada 1-3 Oktober 2019. UPM(FBMK) juga dinobatkan sebagai Panel Terbaik. Diantara wakil pertandingan forum ini merupakan pelajar Kolej 10 iaitu Muhammad Huzaifi Bin Ismut. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

 

 

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato, Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dan para peserta. Johan pertandingan forum kali ini dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia. Pertandingan forum ini telah berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

 

Penganjuran pertandingan forum dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan kerjasama dari Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Penyertaan kali ini disertai oleh empat university awam iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional dan Universiti Putra Malaysia sendiri. Manakala sebanyak 8 buah IPG Kampus telah menyertai pertandingan ini iaitu IPGK Ipoh, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Pulau Pinang, IPGK Bahasa Melayu, IPGK Pendidikan Islam, IPGK Dato Razali Ismail, IPGK Bahasa Antarabangsa dan IPGK Kota Bharu.

Tarikh Input: 07/10/2019 | Kemaskini: 07/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXETXAK~